CATAN


CATAN
·         Catan adalah salah satu hasil seni yang menggunakan media basahdan disapukan pada sesuatu pemukaan.
·         Media basah terdiri daripada cat seperti cat akrilik,cat poster,cat minyak dan cat gouce. Biasanya permukaan bagi penghasilan catan adalah kertas atau kanvas.
·         Walau bagaimanapun,penghasilan catan tidak terbatas di atas kertas dan kanvas. Contohnya, bagi seni catan kontemporari pelbagai permukaan boleh digunakan sedperti pada permukaan kayu atau besi.


PENGGUNAAN MEDIA CATAN

TEKNIK-TEKNIK CATAN

Teknik catan cat air


  • Teknik basah atas basah


Teknik ini dilakukan dengan memasukkan warna lain di atas warna yang sedia ada semasa basah.

Ini bertujuan supaya warna kedua dapat menyerap ke dalam warna pertama untuk menghasilkan tona yang menarik. Untuk tujuan ini kertas yang telah dibasahkan hendaklah dihamparkan atas permukaan yang rata, supaya air dapat bertindak mengalirkan warna yang dimasukkan.


* Teknik ini amat sesuai apabila hendak mewarna permukaan yang luas seperti langit, tanah, dinding bangunan serta latar belakang untuk lukisan alam benda. 

  •  Teknik basah atas kering


 Lapisan pertama dibiarkan kering terlebih dahulu sebelum warna kedua yang basah disapu dengan sapuan yang lembut. Teknik ini juga sesuai digunakan pada permukaan yang luas, tetapi kerja-kerja perincian hendaklah dilakukan.Cara ini juga digunakan untuk menggelapkan lapisan pertama dengan memasukkan tona yang lebih gelap di atas warna yang sedia ada.

  • Teknik kering atas kering

Maksud kering di sini bukanlah sebagai mana kain kering di sidaian tetapi warna yang melekat pada berus tidak banyak. Jika banyak elok di sapu pada kertas lain atau tisu untuk membuang warna yang lebih itu. Kemudian di sapu di atas warna lain yang sudah kering untuk menghasilkan warna yang lain. Tetapi tidak tebal. Sekadar untuk mewujudkan keharmonian warna dengan suasana sekitarnya.

Teknik catan cat minyak 
Teknik sapuan tepat/hard edge
Mempunyai gubahan yang teratur dan mempunyai batas sapuan warna yang kemas dan tepat.Catan kelihatan seolah-olah dipotong dan biasanya pengkarya menggunakan

masking tape untuk memisahkan warna-warna yang disapu.

Teknik titik/ pointilisme
Pointilisme adalah teknik lukisan dengan memanfaatkan titik-titik kecil berwarna ke media gambar. Istilah "Pointillism"sebenarnya diciptakan oleh para kritikus untuk gaya lukisan ini pada tahun 1880-an.Lukisan gaya pointilisme dibuat dengan sapuan warna terhasil mempunyai gabungan warna dari titik-titik kecil.Titik-titik warna yang berdekatan seolah-olah bercampur melalui mata audien.               

Comments